1) Cara membaca maklumat ukuran pada tayar kenderaan
Kod tayar kenderaan: Contoh 205/65/R15 94H.205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm
65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)
R = Radial
15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci
94 = Had maksimum bebanan
H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v
Jika ianya abjad yg terakhir, ianya seperti di bawah;
S = Maksimum had laju 180 km / jam
T = Maksimum had laju 190 km / jam
U = Maksimum had laju 200 km / jam
V = Maksimum had laju 240 km / jam
Z = Maksimum had laju 240 km / jam
W = Maksimbum had laju 270 km / jam
Y = Maksimum had laju 300 km / jam
*untuk mengira tinggi/ketebalan tayar,H:
Katakan nisbah aspek adalah 65 yang bermakna 65% dari lebar adalah bersamaan tinggi atau ketebalan tayar.
Jadi 65% x 205mm = 133.25mm
2) 4 angka tarikh tercatit di sisi tayar.
Contoh 0515Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pd minggu ke 5 tahun 2015.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.
Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras disebabkan getah tayar sudah tamat tempoh (expired). Ada baiknya anda menukar tayar jika bunganya sudah haus atau penggunaannya sudah melebihi 5 tahun.
Jika menukar tayar yang baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yang terkini untuk prestasi maksimum.
3) Diskaun pembelian tayar
Jika membeli tayar keluaran tahun 2014 maka boleh sahaja meminta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.Berikut adalah diskaun harga tayar mengikut tahun tayar dikelurkan dari tahun semasa (2015);
2014 = 20%
2013 = 40%
2012 = 60%
2011 = 80%
2010 = Percuma
Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar. Boleh share jika bermanfaat
Sumber: http://fitrihadi.com/2015/06/tips-cara-beli-tayar-kereta-yang-betul-dan-jimat/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan