Jenis tayar kereta yang patut anda tahu

 
Pernah tak anda terfikir kenapa bunga tayar (tread) kereta ada banyak jenis? Adakah ia sekadar hiasan semata-mata? ataupun ada rahsia di sebaliknya..Sebenarnya ia bukanlah rahsia sebabnya kebanyakan orang lelaki sudah maklum mengenai beberapa jenis bunga tayar kereta dan tujuannya.

Selalunya kita mesti biasa dengar bila nak pilih jenis tayar, bising ke? Boleh belah air ke bila jalan raya ada air? Ini soalan-soalan biasa orang bertanya bila hendak membeli tayar baru.

Baik, saya nak kongsikan 3 jenis bunga tayar yang paling lazim orang gunakan di jalan raya khususnya kenderaan ringan seperti kereta sedan, SUV, MPV dan sebagainya.




Tips memilih tayar kereta

Directional
  • Dibuat hanya untuk satu direction sahaja di mana anda boleh lihat arrow di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di pasang. 
  • Hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja. Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan tayar belakang sebelah kiri sahaja.
  • Selalunya di datangkan dengan V-shape design dan bagus untuk jalan yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di kawasan bersalji.
  • Amat baik bila anda memandu laju di atas jalan yang basah
  • Ianya nampak sedikit sporty

Symmetrical
  • Selalunya pattern tread yang lebih kurang sama keseluruhan tayar. 
  • Digunakan oleh kebanyakan pengguna biasa.
  • Kelebihan yang ada pada tayar ini adalah, senyap, tahan lama dan tidaklah terlalu mahal
  • Boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Anda bebas untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama
  • Performance semasa jalan yang basah tidak sebaik directional tayar. Berhati-hati jika anda memandu dengan laju dalam keadaan jalan yang basah.

Asymmetrical
  • Jenis tayar ini lazimnya dijumpai pada kereta sport
  • Kombinasi jenis tread dan berbeza design tread di sebelah dalam dan luar
  • Cengkaman yang kuat dan amat baik di atas jalan yang basah dan kering
  • Lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya cornering.
  • Lebih mahal daripada symmetrical 
  • Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan "outside" sebagai panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda



Sumber: http://www.abejaq.com/2017/01/rahsia-jenis-tayar-kereta-yang-patut.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nama Bola Piala Dunia

Menjelang Piala Dunia ini telah diumumkan bola rasmi yang akan digunakan dan dinamakan Telstar 18 Mari kita tengok kembali bola-bol...