Internet, Extranet dan Intranet


1. Internet
     Internet ialah singkatan dari Interconnected Networking yang bererti jaringan komputer yang saling berhubung, ia adalah gabungan jaringan komputer diseluruh dunia yang membentuk suatu sistem jaringan informasi global. Dengan kata lain internet adalah jaringan komputer atau network yang membentuk jaringan melalui protocol TCP/IP yang mempunyai jangkauan yang sangat luas.



Kelebihan
  • Internet sebagai media komunikasi, media pertukaran data
  • Internet sebagai mesin untuk komunikasi
  • Kemudahan memperoleh informasi
  • Sumber informasi yang luas
  • Sebagai sumber penghasilan
Kekurangan
  • Pornografi
  • Penipuan
  • Carding (Pemalsuan kad kredit)
  • Virus komputer
2. Extranet
     Extranet adalah Jaringan pribadi yang menggunakan protokol internet dan sistem telekomunikasi publik untuk bertukar informasi kepada pembekal (supplier), penjual (vendor), rakan kongsi (partner), pelanggan dan lain-lain.
     
Extranet dapat juga diertikan sebagai intranet sebuah perniagaan yang dilebarkan bagi pengguna di luar perniagaan. Perniagaan yang membangunkan extranet dapat bertukar data bersaiz besar dengan EDI (Electronic Data Interchange), berkolaborasi dengan perniagaan lain dalam suatu jaringan kerjasama dan lain-lain.

Kelebihan
  • Proses dan informasi lebih cepat
  • Mengurangkan kos
  • Mengurangkan penggunaan kertas
  • Akses draft dokumen serta perbentangan multimedia
  • Melihat projek-projek yang lalu sebagai perbandingan
Kekurangan
  • Kos tinggi pada awal pengembangan
  • Membuat kontrak selama beberapa waktu untuk perencanaan, pengembangan, review dan pelaksanaan
  • Memerlukan pemeliharaan yang teratur, upgrade, dan lain-lain
     Contoh penggunaan ekstranet adalah pada rakan kongsi perniagaan, kerana penggunaannya membolehkan pertukaran maklumat dapat dilakukan dengan efisien.

3. Intranet
     Pengertian intranet adalah satu jaringan (Private Network) yang menggunakan protokol internet TCP/IP untuk bertukar informasi penting dalam ruangan yang kecil/setempat. Selalu digunakan dalam organisasi, sekolah, universiti, dan lain-lain. Intranet juga merupakan suatu jaringan LAN (Local Area Network) yang hanya merangkumi kawasan kecil/ setempat.

Kelebihan
  1. Membantu meningkatkan produktivi kerja
  2. Meningkatkan effisiensi waktu
  3. Komunikasi dapat dilakukan secara tepat
  4. Kemudahan sistem web
  5. Keseragaman informasi
  6. Meningkatkan kerjasama
Kekurangan
  1. Perlu latihan untuk menggunakannya
  2. Memerlukan tenaga dan kepakaran untuk membangun
  3. Informasi yang salah akan segera tersebar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nama Bola Piala Dunia

Menjelang Piala Dunia ini telah diumumkan bola rasmi yang akan digunakan dan dinamakan Telstar 18 Mari kita tengok kembali bola-bol...